merupakan usaha untuk memelihara budaya suku kaum Tobilung disamping mempromosikan budaya suku ini di kalangan masayarakat umum. Sukod Tobilung akan mengongsikan Video & Artikel dari semasa ke semasa mengenai budaya, sejarah, serta maklumat-maklumat terkini maupun maklumat masa lalu. Komen dan cadangan dari anda amat dialu-alukan. Emailkan ke sukodtobilung@yahoo.com

Wednesday, May 25, 2011

Asal Usul Suku Tobilung

Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah . Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Terdapat kira-kira 51 etnik dalam rangkaian suku kaum Dusun dan Kadazan di Sabah dimana suku Tobilung merupakan salah satu etnik keluarga Kadazan-Dusun tersebut. Mungkin sebelum ini suku Tobilung kurang dikenali dikalangan masyarakat umum disebabkan suku ini terselindung di bawah nama etnik Dusun.
Ratusan tahun yang lalu, suku Tobilung dipercayai menetap di kampung Tatahan, Inanam. Ketika kampung tersebut dilanda penyakit kusta, mereka ( suku Tobilung ketika itu ) mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain bagi mengelak musibah tersebut. Kini suku Tobilung menetap di beberapa kawasan daerah Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Inanam dan beberapa tempat lain di Sabah.

Antara tokoh suku Tobilung ialah mendiang Ampau Bin Bumbungan yang berasal daripada kampung Dudar, Kota Belud. Mendiang merupakan anak watan suku Tobilung yang pertama dilantik sebagai Native Chief ( Ketua Anak Negeri ) dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan suku Tobilung yang ingin dikongsi bersama, kami sangat mengalu-alukannya.

2 comments:

  1. hebat cerita ni... tahniah. cuma saya nak tanya sikit, darimana sdr dapat sumber penyakit kusta Ni? sb tidak pula pernah saya dengar

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha !! @ borneobella.wordpress.com

    ReplyDelete