Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (PTBS) ditubuhkan pada tahun 1986, atas ilham En. Timis Sambadi. Ahli Majlis Tertinggi (Penaja) terdiri daripada: En. James Sigoh (Presiden), En. Abar Gumpai (Tim. Presiden), En. Jumin Turipon (Naib Presiden 1), En. Jasni Monungkod (Naib Presiden 2), En. Timis Sambadi (Setiausaha Agung), En. John Linsun (Pen. Setiausaha Agung) dan En. Jaiping Minsu (Bendahari Agung). Sementara AMT terdiri daripada, En. Alixsia Lintuun, KK. Hintanau Katinggur, KK. Palalun Ganang, KK. Rumanggon Waditon dan En. Damit Darimbung. Kesemua AMT penaja tersebut adalah dilantik semasa penubuhan persatuan di Bangunan SK. Menggaris, Kota Marudu. Manakala KK. Malawit Padsok, En. Jaafar Guntarak dan En. Yonggitom Mangindai dilantik sebagai AMT lantikan.
Persatuan ini telah didaftar oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan ( ROS ) dan sijil pendaftaran telah dikeluarkan pada tahun 1988 (No. Siri. 86/88) dan telah menubuhkan beberapa cawangan di Daerah Kota Marudu, Kota Belud, Kudat dan Kota Kinabalu, dengan jumlah keahlian 4520 orang pada ketika itu.
Persatuan Tobilung Bersatu Sabah telah dirasmikan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga selaku Presiden KDCA, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan pada 23hb Jun 1991 bersamaan hari Ahad bertempat di Dewan Serbaguna Pekan Kota Marudu.
No comments:
Post a Comment