merupakan usaha untuk memelihara budaya suku kaum Tobilung disamping mempromosikan budaya suku ini di kalangan masayarakat umum. Sukod Tobilung akan mengongsikan Video & Artikel dari semasa ke semasa mengenai budaya, sejarah, serta maklumat-maklumat terkini maupun maklumat masa lalu. Komen dan cadangan dari anda amat dialu-alukan. Emailkan ke sukodtobilung@yahoo.com

Saturday, August 4, 2012

Modsuut



PENGENALAN
“MODSUUT” yang dikenali sebagai Magavau oleh kebanyakan Suku Kaum di Negeri Sabah, merupakan salah satu warisan budaya sejak Nenek Moyang lagi dalam masyarakat Suku Kaum Tobilng. MODSUUT mest wajib diadakan sebaik-baik sahaja selesai menuai padi (Mongomot).

TUJUAN
Pada zaman dahulu MODSUUT adalah wajib atau mesti diadakan setelah selesai menuai padi, ini bertujuan untuk memangil Semangat Padi yang diberi nama Bambarayon supaya berkumpul dan seterusnya memberi mereka makanan dan minuman serta bersukaria merayakan Hari Bambarayon (MODSUUT). Modsuut juga bertujuan untuk memuja Bambarayon yang telah membuatkan padi subur dan mendatangkan hasil yang banyak pada masa mengatam atau menuai padi.

Selain daripada memuja Bambarayon, Modsuut juga bertujuan untuk memanggil dan memuja serta memberi makanan kepada makhluk halus yang dikenali sebagai “SOLOB” (Penunggu Ladang) kerana telah sudi membantu menjaga lading tersebut selama setahun, supaya padi tersebut sentiasa subur dan tidak dimakan oleh binatang seperti tikus, burung pipit dan sebagainya. Menurut kepercayaan Suku Kaum Tobilung, Solob juga telah memberikan kesihatan dan ketenteraman kepada tuan punya ladang.

ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN DALAM MODSUUT.
1. Suronggoh (Bunga Keambong)
2. Komburongoh
3. Sumbiling
4. Nyiru 1 buah (Ralibu)
5. Beras 1 cupak
6. Telur ayam kampong 1 biji
7. Padi 5 rumpun
8. Haliah 1 inci
9. Sinompuru 7 tangkai
10. Tampayan Kecil (Rampanau) 1 buah
11. Nongkob
12. Torutip
13. Sinakapur (sirih dihiris 7 dan pinang 7 ulas)
14. Sebilah parang panjang
15. Tonduk 7 batang kayu diikat panjang 3 kaki

BILANGAN AHLI MODSUUT
Bilangan ahli Modsuut tidaklah ditetapkan pada zaman dahulu tetapi pada masa ini kebiasaan bilangan ahli Modsuut ialah seramai 20 orang iaitu 15 wanita dan 5 lelaki.

PAKAIAN WANITA
Baju hitam yang direka khas untuk Modsuut dan acara bobolian yang diberi nama dalam bahasa Tobilung Naraman, Kain Sarung (Tapi) yang berwarna hitam diberi nama Sinulatan. Lungkakai (Gelang Kaki), Saring (Gelang tangan), Karo (Kalung dileher) yang diperbuat daripada manic dan berbagai jenis kokoron (Sejenis jimat), Tajung (Selindang) dan Tudung kepala yang dipanggil Sunduk.

PAKAIAN LELAKI
Baju hitam yang diberi nama Sinupakan, seluar hitam dipanggil Nampiran, ikat kepala dipanggil Sigar dan Sandai untuk penikat pinggang.


Sumber daripada:-

KDCA admin.

No comments:

Post a Comment