merupakan usaha untuk memelihara budaya suku kaum Tobilung disamping mempromosikan budaya suku ini di kalangan masayarakat umum. Sukod Tobilung akan mengongsikan Video & Artikel dari semasa ke semasa mengenai budaya, sejarah, serta maklumat-maklumat terkini maupun maklumat masa lalu. Komen dan cadangan dari anda amat dialu-alukan. Emailkan ke sukodtobilung@yahoo.com

Saturday, August 4, 2012

Tarian Suku Kaum Tobilung


PENGENALAN

Tarian Mongigol ini adalah salah satu tarian Suku Kaum Tobilung yang kebanyakannya menatap dibeberapa buah Daerah sekitar Sabah diantaranya di Daerah Kota Marudu dan Daerah Kota Belud.

Tarian ini kebiasaanya dipersembahkan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja seperti waktu menyambut Pengantin Lelaki dan perempuan dan pada hari/waktu mengadakan pesta-pesta keramaian untuk memeriahkan suasana pesta.

Tarian Mongigol dalam bahasa Suku Kaum Tobilung bererti "Tarian Helang" kerana tarian ini adalah lahir atau tercipta daripada ilham Seekor Burung Helang.

Kononnya, pada suatu waktu yang cerah dan terang, sedang si Gadis Tobilung duduk beristirehat serta menikmati keindahan alam semesta di serambi pondok keluarganya, tiba-tiba dia terpandang Seekor Burung Helang sedang melayang-layang dan kadangkala berhenti lalu mengepak-ngepakkan sayapnya untuk mencari mangsanya.

Dalam ketika itu Burung Helang tersebut kelihatan bagaikan sedang mempersembahkan sebuah tarian. Maka, Gadis yang telah menonton kelibat Burung Helang berkenaan telah mendapat ilham untuk mencipta sebuah tarian.

Tarian yang diciptanya itu mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat Tobilung pada ketika itu. Tarian ini kemudiannya dinamakan sebagai "Tarian Mongigol" dan telah menjadi tarian yang membanggakan suku kaum Tobilung sehingga ke hari ini.



PERALATAN TARIAN SUKU KAUM TOBILUNG


1. ALAT-ALAT MUZIK
- 1 Set Kulintangan (8 Buah)
- 2 Buah Tinukul
- 2 Buah Gong

2. PAKAIAN LELAKI
- Pakaian Baju dan Seluar tradisi suku kaum Tobilung yang berwarna hitam
- Memakai Sigar dan Tiga podong
- Memakai selindang untuk menyerupai/melambangkan sayap Burung Helang.
- Di Pinggang diikat dengan kain berwarna Biru,Kuning dan Merah yang dipanggil "SINABALA"

3. PAKAIAN PENARI/PENGIRING WANITA
- Pakaian Tradisi suku kaum Tobilung deng lengkap yang berwarna hitam
- Baju dipanggil "SINURANGGA"
- Sarung dipanggil "SINULATAN" dan sesuatu alat yang disarungkan dibahagian pinggang dipanggil sebagai "BINOLIT/RINDAWOG"
- Memakai tudung kepala dipanggil "SUNDUK"
- Memakai kalung yang dipanggil "KARO"
- Sesuatu alat yang dipanggil "SINOYDAN" sebagai pengiring muzik.
- "SANDAI" digunakan ketika menari.


Sumber daripada:-

Gundohing Timis Sambadi

No comments:

Post a Comment